loading...

"Setahun Suami Tak Sentuh Saya", Rupanya Selalu "Makan Luar". Suami Kantoi Langgan Pelacur Dan Enggan Ceraikan Isteri


Viral di media sosial luahan kesal seorang wanita terhadap suaminya yang kerap kantoi makan luar. Apabila diminta untuk menceraikannya, lelaki itu enggan berbuat demikian tanpa diketahui apa alasannya. Namun lelaki itu kerap menyakitkan hati si isterinya. 

Berdasarkan gambar-gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, lelaki itu dipercayai melanggan pelacur warga Indonesia di sebuah hotel di Tanjung Vista, Kuala Terengganu. 

"Salam admin KRT, tolong rahsiakan nama saya. Saya ingin meminta pendapat sahabat-sahabat dalam ruangan ini. Saya seorang isteri mempunyai dua orang anak. Saya seorang isteri yang tidak bekerja.

"Luluh hati saya apabila dekat 10 kali suami kantoi dan pagi tadi kantoi yang ini pula. Suami saya dah tak ada hati dengan saya dan dia tidak pernah menyentuh saya selama setahun. 

"Saya seorang yang menjaga penampilan tetapi saya tidak faham mengapa suami saya masih mencari wanita yang lain di luar sana? Peritnya hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. 

"Bila diajak berbincang, saya sentiasa dipukul. Saya pernah meminta dia menceraikan saya, tetapi dia enggan berbuat demikian. Pada masa yang sama dia selalu menyakitkan hati saya," katanya.