loading...

Upin Ipin Kak Ros Tak Pakai Baju, Opah Meninggal, Boboiboy Kawin Dengan Yaya.. Bahaya Youtube Untuk Anak2..


Lepas raya ni dah dua kali aku dapat detect anak aku tengok benda pelik yang tak sepatut dilihat pada usia kanak kanak. Ada manusia tak guna di luar sana yang mengambil kesempatan.Aku tak pasti apa matlamat mereka.Nak bagi view mencecah ribuan atau memang ada agenda merosakkan pemikiran budak budak.

Bahaya youtube bila ruang search dah jadi autosearch dan autoplay. Kita sangka budak budak tengah tengok upin ipin tapi mereka dah dibawa ke channel lain. Benda ni dah berlaku masa Frozen tengah top.Sekarang upin ipin dan boboiboy pulak.

Cuti raya dulu aku kesan anak aku perempuan tengah tengok video budak budak lelaki bersunat.Budak budak yang naif bukan tahu apa apa.Aku mengamuk dan bagi last warning.Hari ini pula tengok kak ros tengah beranak.Hangin betul aku.

Bila autoplay..walaupun budak budak taip upin ipin.. Video akan ditayang berterusan jadi channel yang banyak view akan turut masuk dalam waitng list. Budak budak ni akan klik sahaja dan algorithma youtube akan bawak banyak lagi video video dari channel lain yang makin deep. Nak kata apa yang ditaip tu keluar sebab history..aku jarang guna phone tu bukak youtube.Karang kata aku yang selalu tengok benda pelik pulak.

Ada channel yang jahat ni dari negara seberang..mungkin ini salah satu agenda jahat sebab upin ipin ni terkenal sampai ke sana. Benda ni jadi top dekat list sebab jumlah view dan populariti video tersebut. Aku lampirkan gambar kat bawah dan korang nilai sendiri.